akimi azali
Wednesday, May 13, 2015
Monday, May 11, 2015
Thursday, May 7, 2015
Thursday, April 9, 2015
Friday, March 27, 2015
ini pula di pulau langkawi
Dalam mana-mana senarai teratas tempat percutian di Malaysia, Pulau Langkawi sentiasa mendapat tempat. Tumpuan pelancong termasuk Cable Car Langkawi, Langkawi Oriental Village, Kota Mahsuri, Galeria Perdana, Underwater World Langkawi, Langkawi Wildlife Park, Taman Buaya, Kilim Geoforest Park dan Laman Padi. Bila ke Langkawi, ambil peluang membeli belah pada harga yang rendah kerana tiada cukai dikenakan jika anda menetap sekurang-kurangnya 4 hari.
Jika lebih suka bersantai di pantai dan laut, Pulau Perhentian tempat terbaik. Ia terkenal dengan pantainya yang bersih berpasir putih dan air yang sangat jernih. Perhentian Besar menempatkan penginapan yang lebih mahal berbanding Perhentian Kecil, namun keduanya sama cantik dan menarik. Pengunjung juga boleh bertukar-tukar tempat bersantai antara kedua pulau dengan teksi air. Aktiviti popular di sini termasuk meredah hutan, melawat program pemeliharaan penyu, berkemah, berkayak dan menyelam.
Bagi mereka yang gemarkan kehijauan dan hasil ladang segar, pilihlah percutian tanah tinggi Cameron Highlands. Tenangkan fikiran dengan keindahan ladang teh sambil menikmati teh pelbagai perisa. Tarikan lain termasuk ladang sayur-sayuran dan strawberi, ladang bunga, ladang lebah, muzium serta pasar sayur-sayuran dan buah-buahan segar di Kea Farm atau sepanjang jalan utama dari Ringlet ke Kampung Raja. Kunjungi juga pasar malam Sabtu di Brinchang yang menjadi pusat jualan semua hasil ladang sambil menikmati makanan tempatan Untuk aktiviti lasak, anda boleh meredah hutan, mendaki gunung dan juga berkemah.
Terdapat lebih daripada 30 tempat untuk anda beraktiviti bersama flora dan fauna di sini, bermula dengan canopy walk sepanjang 510m dan 45m dari aras tanah, melawat serta bermalam di mana-mana gua pilihan bersama penghuninya, mencabar daya tahan diri dengan meredah hutan siang ataupun malam hingga kepada memancing atau bersantai dengan pelayaran bot di sungai. Penginapan juga disediakan pada kadar yang berpatutan.
Tiga tarikan utama di sini. Zoo Taiping terkenal dengan penempatan dan penjagaan haiwan yang terbaik serta Night Safari. Muzium Perak pula merupakan muzium tertua di Malaysia. Koleksinya melangkaui bahan bersejarah dan merangkumi koleksi haiwan. Taman Paya Bakau Matang yang berusia lebih 110 tahun pula menjadi tumpuan pencinta alam kerana kepelbagaian spesis tumbuhannya. Taiping juga terkenal dengan senibina lama serta menempatkan Lake Garden seluas 62 hektar, legasi yang di tinggalkan oleh penjajah British. Sebelum pulang, nikmati cendol Bismillah yang popular kerana lawatan ke Taiping tidak akan sempurna tanpanya.
TEMPAT2 PERCUTIAN DI MALAYSIA
10 tempat percutian sekeluarga di Malaysia
Lost World of Tambun membawa kelainan berbanding taman tema lain di Malaysia. Taman airnya pelbagai, termasuk Adventure River, Cliff Racer serta Kids Exploratory untuk kanak-kanak. Kawasan berpasir pantai dan Wave Pool juga disediakan. Bagi pencinta haiwan, lawati Petting Zoo untuk membelai haiwan-haiwan di dalamnya dan Tiger Valley. Cabar diri dengan Leap of Faith – terjunan 65 kaki dari paras laut, rock climbing, kayak dan pelbagai lagi aktiviti lasak. Setelah penat, belai diri di Hot Spring & Spa atau rehat saja di bilik Hotel Lost World. Semua ini berada di Sunway City, Bandar Ipoh.
Subscribe to:
Posts (Atom)